Posts

Showing posts from July, 2015

ZIARAH MAHABBAH

Image
Assalamualaikum...salam ukhwah buat semua. Sempena kedatangan Bulan Ramadhan yang penuh berkah ini, SMKTTF mengadakan ZIARAH MAHABBAH ke beberapa tempat untuk penyerahan buah tamar. Walaupun sumbangan ini kecil namun besar nilai siviknya kepada para pelajar. Rombongan ini diketuai oleh Puan Pengetua sendiri, Hajah Wanihim Binti Othman bersama-sama dengan Ustazah Mimi, Ustaz Nazri, Ustazah Zahiah bersama-sama 10 orang wakil pelajar turut bersama-sama menyampaikan sumbangan ini. Sumbangan ini mendapat kerjasama Panitia Pendidikan Islam. Pihak yang menerima sumbangan buah tamar ini adalah Masjid Nurul Hikmah di Bukit Padang, Hospital Mesra Bukit Padang, Hospital Queen Elizabeth 2 dan Klinik Kesihatan Luyang. Majlis diadakan secara ringkas namun penuh bermakna. Semoga di masa akan datang, program seperti akan terus menerus dilaksanakan.  Membaca doa sebelum memulakan perjalanan Sebahagian pelajar yang turut serta dalam program ini Bersama wakil dari Masjid Nur