Posts

Showing posts with the label Khidmat Komuniti

Kem Ihya Ramadhan

Image
Pada 4 Julai 2015, SMK TAMAN TUN FUAD mengadakan Kem Ihya Ramadhan Peringkat SMK Taman Tun Fuad yang dihadiri lebih 80 orang pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Kem Ihya ini berlangsung dari 4 Julai 2015 hingga 5 Julai 2015 ini padat dengan pelbagai aktiviti keagamaan bagi mendidik para pelajar dan mendekatkan mereka dengan kehidupan yang lebih Islamik Para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut ikhwan (pelajar lelaki) dan akhwat (pelajar perempuan) dan dibimbing oleh seorang fasilitator. Alhamdulillah, kem berjaya dilaksanakan. Semoga para pelajar yang menghadiri kem ini dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi.

ZIARAH MAHABBAH

Image
Assalamualaikum...salam ukhwah buat semua. Sempena kedatangan Bulan Ramadhan yang penuh berkah ini, SMKTTF mengadakan ZIARAH MAHABBAH ke beberapa tempat untuk penyerahan buah tamar. Walaupun sumbangan ini kecil namun besar nilai siviknya kepada para pelajar. Rombongan ini diketuai oleh Puan Pengetua sendiri, Hajah Wanihim Binti Othman bersama-sama dengan Ustazah Mimi, Ustaz Nazri, Ustazah Zahiah bersama-sama 10 orang wakil pelajar turut bersama-sama menyampaikan sumbangan ini. Sumbangan ini mendapat kerjasama Panitia Pendidikan Islam. Pihak yang menerima sumbangan buah tamar ini adalah Masjid Nurul Hikmah di Bukit Padang, Hospital Mesra Bukit Padang, Hospital Queen Elizabeth 2 dan Klinik Kesihatan Luyang. Majlis diadakan secara ringkas namun penuh bermakna. Semoga di masa akan datang, program seperti akan terus menerus dilaksanakan.  Membaca doa sebelum memulakan perjalanan Sebahagian pelajar yang turut serta dalam program ini Bersama wakil dari Masjid...