Posts

Image

Pelancaran Bulan Kemerdekaan & Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015

Image
19 Ogos 2015 dipilih oleh SMK Taman Tun Fuad untuk mengadakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan & Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015. Majlis ini diadakan secara sederhana namun meriah ini dirasmikan oleh Puan Pengetua, Hajah Wanihim Binti Othman. Majlis pelancaran ini dirasmikan dengan paluan gong oleh Puan Pengetua disaksikan oleh semua warga SMK Taman Tun Fuad. Selepas majlis pelancaran, majlis jamuan hari raya diteruskan di dewan terbuka SMK Taman Tun Fuad. Setiap pelajar membawa pelbagai juadah dari rumah untuk sama-sama berkongsi dan memeriahkan sambutan hari raya ini. Para pelajar tidak mengira bangsa sama-sama guru-guru menikmati pelbagai juadah enak ini walaupun hari raya berada di penghujungnya.

Karnival Bestari Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD KK) Tahun 2015

Image
SMK Taman Tun Fuad telah menyertai Karnival Bestari Peringkat PPD KK 2015 dari bulan Julai hingga Ogos. Majlis penutupan Karnival Bestari telah diadakan pada 27 Ogos 2015 di Mini Auditorium Kompleks Kerajaan Persekutuan Putrajaya,Kota Kinabalu. SMK Taman Tun Fuad menunjukkan peningkatan yang membanggakan kerana telah berjaya mengondol : Tempat ke3 dalam pertandingan Google Fu,Filem Pendek & Adobe Photoshop Naib Johan dalam pertandingan Iklan Pendek. Tahniah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru pembimbing. SMKTTF Boleh!!!

Kem Ihya Ramadhan

Image
Pada 4 Julai 2015, SMK TAMAN TUN FUAD mengadakan Kem Ihya Ramadhan Peringkat SMK Taman Tun Fuad yang dihadiri lebih 80 orang pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Kem Ihya ini berlangsung dari 4 Julai 2015 hingga 5 Julai 2015 ini padat dengan pelbagai aktiviti keagamaan bagi mendidik para pelajar dan mendekatkan mereka dengan kehidupan yang lebih Islamik Para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut ikhwan (pelajar lelaki) dan akhwat (pelajar perempuan) dan dibimbing oleh seorang fasilitator. Alhamdulillah, kem berjaya dilaksanakan. Semoga para pelajar yang menghadiri kem ini dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi.

ZIARAH MAHABBAH

Image
Assalamualaikum...salam ukhwah buat semua. Sempena kedatangan Bulan Ramadhan yang penuh berkah ini, SMKTTF mengadakan ZIARAH MAHABBAH ke beberapa tempat untuk penyerahan buah tamar. Walaupun sumbangan ini kecil namun besar nilai siviknya kepada para pelajar. Rombongan ini diketuai oleh Puan Pengetua sendiri, Hajah Wanihim Binti Othman bersama-sama dengan Ustazah Mimi, Ustaz Nazri, Ustazah Zahiah bersama-sama 10 orang wakil pelajar turut bersama-sama menyampaikan sumbangan ini. Sumbangan ini mendapat kerjasama Panitia Pendidikan Islam. Pihak yang menerima sumbangan buah tamar ini adalah Masjid Nurul Hikmah di Bukit Padang, Hospital Mesra Bukit Padang, Hospital Queen Elizabeth 2 dan Klinik Kesihatan Luyang. Majlis diadakan secara ringkas namun penuh bermakna. Semoga di masa akan datang, program seperti akan terus menerus dilaksanakan.  Membaca doa sebelum memulakan perjalanan Sebahagian pelajar yang turut serta dalam program ini Bersama wakil dari Masjid...

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM 12R PERINGKAT SMK TAMAN TUN FUAD

Image
Pada 2 April 2015, SMK Taman Tun Fuad sekali lagi melakar sejarah dengan melancarkan "Program 12R" Peringkat SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu.Acara yang ringkas namun padat ini telah dirasmikan sendiri oleh Puan Pengetua SMK Taman Tun Fuad, Puan Hajah Wanihim Othman. Antara inipati 12R ialah: Rethink Recycle Reduce Reuse Refill Rehabilitate Reproduce Restore Report Regrow Replanting Repair Dengan kelahiran 12R ini semoga para pelajar SMKTTF akan dapat meningkatkan semangat dan rasa kecintaan pada alam sekitar.

Gotong-Royong Perdana SMKTTF Tahun 2015 Dengan Kerjasama PIBG

Image
Sekalung tahniah & ucapan terima kasih kepada semua yang hadir menyokong aktiviti ini. Semoga kerjamasa erat antara PIBG dan pihak sekolah akan berterusan di masa akan datang.