Posts

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMK TAMAN TUN FUAD 2019 (30 Januari 2019) STADIUM PENAMPANG

Image

MAJLIS SUKAN TAHUNAN, MERENTAS DESA SMKTTF 2019

Image
MERENTAS DESA PADA 26 JANUARI 2019 DI TAMAN TUN FUAD KOTA KINABALU SUKAN TAHUNAN DIADAKAN PADA 30 JANUARI 2019 DI KOMPLEKS SUKAN PENAMPANG

GOTONG ROYONG PERDANA SMKTTF 2019

Image
Gotong royong ini telah diadakan pada 19 January 2019
Image

Pelancaran Bulan Kemerdekaan & Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015

Image
19 Ogos 2015 dipilih oleh SMK Taman Tun Fuad untuk mengadakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan & Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015. Majlis ini diadakan secara sederhana namun meriah ini dirasmikan oleh Puan Pengetua, Hajah Wanihim Binti Othman. Majlis pelancaran ini dirasmikan dengan paluan gong oleh Puan Pengetua disaksikan oleh semua warga SMK Taman Tun Fuad. Selepas majlis pelancaran, majlis jamuan hari raya diteruskan di dewan terbuka SMK Taman Tun Fuad. Setiap pelajar membawa pelbagai juadah dari rumah untuk sama-sama berkongsi dan memeriahkan sambutan hari raya ini. Para pelajar tidak mengira bangsa sama-sama guru-guru menikmati pelbagai juadah enak ini walaupun hari raya berada di penghujungnya.

Karnival Bestari Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD KK) Tahun 2015

Image
SMK Taman Tun Fuad telah menyertai Karnival Bestari Peringkat PPD KK 2015 dari bulan Julai hingga Ogos. Majlis penutupan Karnival Bestari telah diadakan pada 27 Ogos 2015 di Mini Auditorium Kompleks Kerajaan Persekutuan Putrajaya,Kota Kinabalu. SMK Taman Tun Fuad menunjukkan peningkatan yang membanggakan kerana telah berjaya mengondol : Tempat ke3 dalam pertandingan Google Fu,Filem Pendek & Adobe Photoshop Naib Johan dalam pertandingan Iklan Pendek. Tahniah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru pembimbing. SMKTTF Boleh!!!

Kem Ihya Ramadhan

Image
Pada 4 Julai 2015, SMK TAMAN TUN FUAD mengadakan Kem Ihya Ramadhan Peringkat SMK Taman Tun Fuad yang dihadiri lebih 80 orang pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Kem Ihya ini berlangsung dari 4 Julai 2015 hingga 5 Julai 2015 ini padat dengan pelbagai aktiviti keagamaan bagi mendidik para pelajar dan mendekatkan mereka dengan kehidupan yang lebih Islamik Para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut ikhwan (pelajar lelaki) dan akhwat (pelajar perempuan) dan dibimbing oleh seorang fasilitator. Alhamdulillah, kem berjaya dilaksanakan. Semoga para pelajar yang menghadiri kem ini dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi.