Posts

Showing posts from September, 2015

Pelancaran Bulan Kemerdekaan & Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015

Image
19 Ogos 2015 dipilih oleh SMK Taman Tun Fuad untuk mengadakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan & Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015. Majlis ini diadakan secara sederhana namun meriah ini dirasmikan oleh Puan Pengetua, Hajah Wanihim Binti Othman. Majlis pelancaran ini dirasmikan dengan paluan gong oleh Puan Pengetua disaksikan oleh semua warga SMK Taman Tun Fuad. Selepas majlis pelancaran, majlis jamuan hari raya diteruskan di dewan terbuka SMK Taman Tun Fuad. Setiap pelajar membawa pelbagai juadah dari rumah untuk sama-sama berkongsi dan memeriahkan sambutan hari raya ini. Para pelajar tidak mengira bangsa sama-sama guru-guru menikmati pelbagai juadah enak ini walaupun hari raya berada di penghujungnya.