MENGENAI KAMI

Sejarah SMK Taman Tun Fuad,Kota Kinabalu ini mula beroperasi atas nama SMK Likas (cawangan) pada Mac 2000 dengan menumpang di bangunan SK Taman Tun Fuad. Pada bulan Januari 2001, sekolah ini dinamakan secara rasmi sebagai SMK Taman Tun Fuad. Bagaimanapun, SMK Taman Tun Fuad hanya menyerahkan premisnya secara rasmi kepada pihak pentadbiran SMK Taman Tun Fuad pada 16 Mac 2001.

Di awal operasinya, sekolah ini hanya mempunyai 2 kelas untuk tingkatan 1 dan 2 kelasuntuk  tingkatan 2. Jumlah pelajar pada ketika itu adalah seramai 113 orang dan jumlah guru pula ialah seramai sembilan orang dibawah naungan pengetua SMK Likas pada ketika itu iaitu Encik Dau Sansalu. Pada Januari 2001, jumlah pelajar telah meningkat kepada 535 orang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4.Bilangan guru juga telah bertambah menjadi 31 orang disamping 5 orang kakitangan sokongan.

Pada bulan Februari 2001, Penolong Kanan Pentadbiran Petang SMK Likas iaitu Pn Hajah Joharah telah dilantik untuk memangku tugas sebagai pengetua, Beliau telah dilantik secara rasminya sebagai pengetua SMK Taman Tun Fuad yang pertama pada 1 September 2001.

Pada awal tahun 2002, enrolmen pelajar meningkat kepada 706 pelajar yang belajar dari tingkatan peralihan hingga tingkatan 5. Bilangan guru turut bertambah kepada 37 orang termasuk seorang kaunselor sepenuh masa. Kakitangan bukan mengajar  masih kekal 5 orang yang terdiri daripada 2 orang pembantu tadbir, seorang pembantu makmal dan 2 orang pembantu am. Kawalan keselamatan sekolah turut dipertingkatkan dengan dua orang pengawal keselamatan bertugas 24 jam secara bergilir siang malam.

Mulai tahun 2002 juga, kelas tingkatan 4 Sains Tulen telah dibuka untuk menempatkan pelajar-pelajar lulus cemerlang dalam mata pelajaran Sains dan Matematik Penilaian Menengah Rendah (PMR) disamping menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan 60% pelajar aliran Sains dan Teknologi. Sementara itu, seramai 25 orang pelajar menjadi calon perintis dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun yang sama.

Sekolah ini berada dibawah naungan Pengetua pertama iaitu Pn Joharah Abdullah bermula pada Mac 2001 hingga Julai 2006 sebelum beliau berpindah ke SMK Putatan.

Bermula detik 1 Ogos 2006, Pn Hajah Siti Salmiah bt Hj Samaie telah dilantik secara rasmi sebagai Pengetua SMK Taman Tun Fuad yang ke-2 dan kini telah dianugerahkan sebagai Pengetua Cemerlang pada tahun 2012. Kini, SMK Taman Tun Fuad sudah mula dikenali kerana pencapaian kurikulum dan kokurikulum sekolah ini dengan membuka mata dan mampu bersaing dengan sekolah yang. Namun pada 1 Julai 2014, Pn Hajah Siti Salmiah telah berpindah ke SMK Tansau dan diganti oleh Pn Wanihim Othman.

Lokasi :




Comments

Popular posts from this blog

Perlantikan Pemimpin Sekolah SMK Taman Tun Fuad