Posts

ZIARAH MAHABBAH

Image
Assalamualaikum...salam ukhwah buat semua. Sempena kedatangan Bulan Ramadhan yang penuh berkah ini, SMKTTF mengadakan ZIARAH MAHABBAH ke beberapa tempat untuk penyerahan buah tamar. Walaupun sumbangan ini kecil namun besar nilai siviknya kepada para pelajar. Rombongan ini diketuai oleh Puan Pengetua sendiri, Hajah Wanihim Binti Othman bersama-sama dengan Ustazah Mimi, Ustaz Nazri, Ustazah Zahiah bersama-sama 10 orang wakil pelajar turut bersama-sama menyampaikan sumbangan ini. Sumbangan ini mendapat kerjasama Panitia Pendidikan Islam. Pihak yang menerima sumbangan buah tamar ini adalah Masjid Nurul Hikmah di Bukit Padang, Hospital Mesra Bukit Padang, Hospital Queen Elizabeth 2 dan Klinik Kesihatan Luyang. Majlis diadakan secara ringkas namun penuh bermakna. Semoga di masa akan datang, program seperti akan terus menerus dilaksanakan.  Membaca doa sebelum memulakan perjalanan Sebahagian pelajar yang turut serta dalam program ini Bersama wakil dari Masjid...

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM 12R PERINGKAT SMK TAMAN TUN FUAD

Image
Pada 2 April 2015, SMK Taman Tun Fuad sekali lagi melakar sejarah dengan melancarkan "Program 12R" Peringkat SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu.Acara yang ringkas namun padat ini telah dirasmikan sendiri oleh Puan Pengetua SMK Taman Tun Fuad, Puan Hajah Wanihim Othman. Antara inipati 12R ialah: Rethink Recycle Reduce Reuse Refill Rehabilitate Reproduce Restore Report Regrow Replanting Repair Dengan kelahiran 12R ini semoga para pelajar SMKTTF akan dapat meningkatkan semangat dan rasa kecintaan pada alam sekitar.

Gotong-Royong Perdana SMKTTF Tahun 2015 Dengan Kerjasama PIBG

Image
Sekalung tahniah & ucapan terima kasih kepada semua yang hadir menyokong aktiviti ini. Semoga kerjamasa erat antara PIBG dan pihak sekolah akan berterusan di masa akan datang.

Kejohanan Hoki Bawah 18 Tahun MSSD Kota Kinabalu Tahun 2015

Image
Keputusan Penuh Pertandingan Hoki Bawah 18 Tahun MSSD Kota Kinabalu  (10 Mac hingga 13 Mac 2014) Kategori Perempuan Bawah 18 Tahun  Johan : SM Maktab Sabah Naib Johan : SMK Bandaraya Ketiga : SM All Saint Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun  Johan : SMK Likas Naib Johan : SM Maktab Sabah Ketiga : SMK Taman Tun Fuad Pemain Terbaik Kategori Perempuan Bawah 18 Tahun  Jersi No 8 : Vera Julivia  (SM Maktab Sabah) Pemain terbaik Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun Jersi No 11 : Mohd Dodi (SMK Likas) Tahniah kepada semua yang bertanding!!!!

Wajah-Wajah Guru Baru 2015

Image
SELAMAT DATANG GURU-GURU BARU YANG DITUKARKAN KE  SMK TAMAN TUN FUAD KOTA KINABALU.  Sungguh riang anak Palembang Mengayuh sampan sambil berdendang Syair disebut nada terbilang Selamat datang kami ucapkan Puan Veronica Gom Amin  (Bahagian Pendidikan Khas "TEDUHAN KASIH") Encik Tonny Tawin (Bahagian Pendidikan Khas "TEDUHAN KASIH") Puan Iylia Najwa Binti Khalid (Guru Akademik) Puan Nurul Aini Binti Hassan (Guru Akademik) Semoga gembira menjadi keluarga warga SMKTTF. 

Selamat Tahun Baru 2015

Assalamualaikum dan salam ukhwah buat semua warga SMKTTF, Ucapkan Selamat Tinggal buat 2014 yang penuh kenangan dan Selamat Datang buat Tahun 2015. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita kembali melaksanakan kewajipan masing-masing dengan azam dan semangat yang baru. Moga setiap kegagalan tahun lalu dapat dibaiki pada tahun ini. Bangkit dengan penuh semangat dan impian. Selamat kembali ke sekolah buat semua warga pendidik dan para pelajar SMKTTF. Semoga dengan cuti yang masih berbaki ini digunakan sebaiknya untuk membuat persediaan persekolahan sebaik mungkin. Selamat maju jaya semua..

MTQ 2014

Image
Majlis Tadarus Al-Quran  Peringkat Daerah Kota Kinabalu Tahun 2014M/1435H Tarikh : 15 Mac 2014/13 Jamadil Awal 1435H Hari : Sabtu Tempat : SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu Tema "AL-QURAN MENJANA TRANSFORMASI UMMAH WASSATIYYAH" SENARAI PENUH PEMENANG 1.SEKOLAH RENDAH BERCERITA DARIPADA KISAH AL-QURAN LELAKI JOHAN : SK MUTIARA N.JOHAN:SK GANTISAN KE-3 : SK LOK YUK BERCERITA DARIPADA KISAH AL-QURAN PEREMPUAN JOHAN : SK BUKIT PADANG N.JOHAN : SK DARAU KE-3 : SK MALAWA TILAWAH AL-QURAN LELAKI JOHAN : SK TG ARU 2 N.JOHAN : SK DARAU KE-3 : SK SRI GAYA TILAWAH AL-QURAN PEREMPUAN JOHAN : SK TG ARU 2 N.JOHAN : LAPASAN KE-3 : SK SRI GAYA  HAFAZAN AL-QURAN LELAKI  JOHAN : SK MALAWA N JOHAN : SK LIKAS KE-3 : MUTIARA  HAFAZAN AL-QURAN PEREMPUAN JOHAN : SK SRI GAYA  N JOHAN : SK TEBOBON KE-3 : SK KAPAYAN NASYID  JOHAN : KUMPULAN DURANI (SK KOLOMBONG) ...